‘Dulu kamu kata henti umum projek menjelang pilihan raya’

Ahmad Fadhli Shaari
- Advertisement -

KUANTAN: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kenyataan Kementerian Kewangan bahawa kerajaan akan mewujudkan mesin juruwang automatik (ATM) di Nenggiri ibarat menghina diri sendiri ke ‘tempat yang paling bawah’.

- Advertisement -

“Tidakkah kamu yang dulu menyatakan bahawa sekiranya kamu menjadi kerajaan, kamu akan hentikan amalan umumkan projek menjelang pilihan raya. 

“Dia yang sebut bahawa janji projek menjelang pilihan raya ini tak boleh diamalkan. Siapa sebut? Menteri Ekonomi yang sebut,” katanya ketika berucap di Ceramah Selamatkan Malaysia Negeri Pahang 1.0 anjuran Lajnah Penerangan dan Media Baharu PAS Pahang, di sini malam ini.

Turut hadir adalah Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar; timbalannya, Andansura Rabu dan mantan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Isham Jalil. 

Tambah beliau, pengumuman yang dilakukan oleh Kementerian Kewangan itu adalah jelas kerana kepentingan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang bakal berlangsung pada 17 Ogos ini. 

“Sebab itu banyak lagi isu kita boleh sebut, bagaimana kerajaan yang ada pada hari ini hilang arah tuju. Tak tahu nak buat apa dah. 

“Bukan kita nak marah sangat, tapi kerana kamu Perdana Menteri. Bila kamu bercakap, kamu bercakap sembang kencang seolah-olah benda itu nak jadi,” katanya. – HARAKAHDAILY 10/8/2024

- Advertisement -