Pemain simpanan KDN FC III tunjuk aksi cemerlang

Mohd Zaki Mat Hussin
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) III menurunkan skuad simpanan ketika seri 1-1 dengan Negeri Sembilan FC pada saingan terakhir Kumpulan B, Piala Presiden 2024, petang kelmarin. 

- Advertisement -

Namun, bagi jurulatih Mohd Zaki Mat Hussin, pemain sebenarnya telah berjaya merealisasikan perancangan barisan kejurulatihan.

Katanya, perlawanan itu tidak mengubah kedudukan KDN FC III dan Negeri Sembilan FC dalam carta kerana kedua pasukan telah layak lebih awal ke suku akhir.

“Saya menurunkan pemain yang kurang minit. Peluang diberikan supaya mereka dapat memperagakan aksi kepada pihak kejurulatihan.

“Alhamdulillah, persembahan mereka sangat bagus kerana menguasai perlawanan dan mencipta deretan peluang biarpun gagal disudahkan” katanya di sini.

Ap pun tambahnya, pemain diberi cuti untuk berehat.

Katanya, selepas itu, skuad kembali ke padang latihan bagi persediaan perlawanan timbal balik suku akhir nanti. – HARAKAHDAILY 10/8/2024

- Advertisement -