Calon PN bergegas ziarah mangsa rumah terbakar

- Advertisement -

GUA MUSANG: Calon PERIKATAN NASIONAL (PN) Pilihan Raya Kecil DUN Nenggiri, Mohd Rizwadi Ismail bergegas ke tempat berlaku kebakaran di Kampung Jeram Tekoh pagi ini.

- Advertisement -

Kebakaran dipercayai berlaku kira-kira jam 9 pagi tadi membabitkan sebuah rumah yang terletak di kawasan berhampiran kebun.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Cik Adi berkata, beliau menyedari kebakaran berlaku ketika balik dari kebun durian.

“Saya nampak rumah terbakar yang terletak di sebelah saya. Saya segera menghubungi Bomba dan Penyelamat serta keluarga rumah terbabit,” katanya di sini.

Ketika kejadian berlaku difahamkan pemilik rumah terbabit Muhanmad Azizi dan isterinya tiada di rumah.

Kebakaran yang berlaku itu memusnahkan hampir keseluruhan rumah terbabit dan sebuah kereta.

Api yang marak dengan cepat kerana rumah tersebut separuh kayu berjaya dikawal anggota Bomba dan Pennyelamat yang tiba sejurus selepas itu daripada terus merebak.

Rumah tersebut didiami lima penghuni termasuk dua anak Azizi dan abangnya.

Mohd Rizwadi berkata, beliau simpati terhadap kejadian malang tersebut dan berharap keluarga berkenaan bersabar menempuh dugaan yang berlaku secara tiba-tiba.

“Api marak dengan cepat di mana sebuah kereta yang diparkir di hadapan rumah mangsa juga terbakar,” katanya di tempat kejadian.

Petugas kempen PN yang berada di Jeram Tekoh turut datang membantu keluarga terbabit. – HARAKAHDAILY 8/8/2024

- Advertisement -