PRK Nenggiri: Umno tandus isu hadapi kemaraan PN

Calon PN, Mohd Rizwadi Ismail menyantuni penduduk Jeram Tekoh semasa sarapan pagi.
- Advertisement -

GUA MUSANG: Umno dianggap ketandusan isu sehingga terpaksa mengitar semula isu lama dan menabur fitnah dengan harapan dapat menarik simpati rakyat.

- Advertisement -

Ramai melihat Umno keseorangan di Nenggiri kerana tidak dibantu jentera pilihan raya Pakatan Harapan (PH), bagi menghalang kemaraan Perikatan Nasional (PN).

Terbaru, Timbalan Ketua Umno Gua Musang Shahbuddin Hashim dilapor mendakwa sejak 2022 kerajaan Kelantan melulus penerokaan lebih 13,200 hektar tanah hutan di DUN Nenggiri.

Lebih aib lagi diviral pihak tertentu dalam TikTok, kononnya calon PN Mohd Rizwadi Ismail berhenti kerana melakukan kesalahan.

Ketika menyampaikan ceramah di Unit Daerah Mengundi (UDM) Serian malam tadi, Rizwadi berkata, semasa berkhidmat di Pahang beliau mengambil keputusan berhenti awal pada Januari 2015.

Katanya, beliau menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selepas menamatkan pengajian di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Saya menyertai TLDM bermula 2003 dan sepanjang berkhidmat selama 13 tahun saya ditugas di Sabah, Lumut, Perak dan terakhir di Pahang.

“Ambo berkhidmat bersama TLDM selama 13 tahun. Pengalaman berada di Stesen Uniform saya pernah bersama dengan tiga Komando PASKAL tinggal di sana,” kata beliau. 

Menurutnya juga selepas kembali bertugas di Semenanjung hasrat untuk bersara disuarakan kepada pegawai kanan.

Katanya beberapa kali beliau menghantar surat untuk berhenti awal, namun tidak dipertimbangkan pegawai atasan peringkat awal.

“Namun akhirnya mereka akur juga. Saya beritahu pegawai atasan bertugas di kampung lebih seronok kerana dapat berbakti kepada masyarakat,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 7/8/2024

- Advertisement -