YDP MDKK: Exco yakin kemampuan Mohd Hasanuddin

- Advertisement -

KOTA BHARU: Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK), Nik Mohd Hasanuddin Nik Hussain, hari ini mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) bagi menggantikan Azi Rahimee.

- Advertisement -

Majlis angkat sumpah itu dilakukan di hadapan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah di Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Sebelum ini, Hassanuddin pernah dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Daerah Machang sebelum menerima tugas sebagai Pengarah YIK.

Hilmi selepas majlis ringkas itu berkata, beliau menaruh keyakinan tinggi dengan pengalaman luas yang ada pada Nik Hasanuddin dalam bidang pentadbiran.

“Insya-Allah beliau akan dapat menerajui Majlis Daerah Kuala Krai dengan baik untuk menjadi sebuah PBT yang berdikari dan cemerlang dalam segala segi berteraskan dasar Merakyat Membangun Bersama Islam,” katanya. – HARAKAHDAILY 6/8/2024

- Advertisement -