
KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menerima lebih RM10 juta wakaf tunai daripada dermawan sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2015 hingga kini.
Yang Dipertuanya, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, pihaknya bukan sahaja menerima sumbangan wakaf tanah atau harta, sebaliknya penderma mewakafkan dalam bentuk tunai.
Tengku Rizam turut melahirkan rasa terharunya apabila terdapat penyumbang yang konsisten menyumbang wakaf tunai setia hari sehingga kekerapan itu melebihi 1,000 transaksi.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Bulan Wakaf dan Apresiasi Kepada Pwakaf MAIK yang diadakan di sebuah hotel, di sini hari ini.
Menurutnya, sebanyak RM9.2 juta sumbangan waqaf tunai telah diagihkan dan dimanfaatkan dalam pelbagai segmen seperti kesihatan, kebajikan, pendidikan dan pembangunan projek.
“Sumbangan waqaf tunai dalam segmen kesihatan telah memberi manfaat yang sewajarnya kepada masyarakat.
“Peruntukan itu disediakan pelbagai mesen perubatan seperti mesen oksigen, katil wakaf, mesin altrasound dan lain-lain peralatan perubatan untuk pesakit,” katanya.
Jelasnya, mesin radiograf orthopantomogram untuk x-ray pesakit yang memerlukan rawatan melibatkan rahang gigi di sediakan di Hospital Raja Perempuan Zainab ll dan peralatan pembedahan katarak mata di Hospital Machang.
Katanya, pada tempoh yang sama juga MAIK menerima 1,547 lot tanah yang telah diwakafkan dan didaftarkan di bawah kawalan MAIK selari dengan peruntukan Seksyen 61 Enakmen MAIK 1994.
“Sebahagian besar tanah yang diwakafkan telah dimanfaatkan untuk pembinaan masjid, perkuburan Islam, sekolah tahfiz, bangunan perniagaan, sekolah, Kompleks Islam Jubli Perak untuk tempatkan anak yatim dan pelajar tahfiz,” katanya. – HARAKAHDAILY 6/8/2024











