PN boleh tingkat majoriti pada PRK Nenggiri

Ariffin Deraman
- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: PAS menjangkakan lebih daripada 1,000 hingga 2,000 majoriti mampu diperolehi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

- Advertisement -

Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu, Ariffin Deraman berkata, jangkaan itu dilihat daripada penerimaan baik yang ditunjukkan oleh penduduk di sana.

“Alhamdulillah saya dua kali sudah pergi di DUN Nenggiri, kita melihat di Nenggiri walaupun sebelum ini PAS ataupun PN tidak pernah menang di Nenggiri. BN lah tapak dia tetapi dalam pilihan raya terakhir baru ni Bersatu melalui PN menggunakan nama PAS, beliau menang.

“Pada pilihan raya yang baru, saya yakin dengan perkembangan yang berlaku dan calon yang kita pilih anak tempatan, anak muda umur 41 tahun. Insya-Allah kita (menang).

“Kita juga sudah meninjau di Unit Daerah Mengundi (UDM) atau sekitar di Nenggiri sokongan sangat baik,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Pembiayaan Tabung Usahawan Terengganu, Dewan Yayasan Pembangunan Usahawan, Padang Hiliran, di sini, hari ini.

Tambahnya, Terengganu menghantar 30 orang jentera untuk turun membantu di Renok dan Perasu pada PRK itu.

“Kelantan, jenteranya sudah bagus dia bergerak lebih awal, 20 Julai sudah turun.

“Jadi kami selepas penamaan calon itu kita hantar jentera Terengganu dengan peruntukan semasa tetapi pada hari mengundi atau semasa hari mengundi kita jangka orang Terengganu ramai pergi,” katanya.

Pada 19 Jun lalu, Speaker DUN Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri kosong selepas penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 13 Jun.

Pada Pilihan Raya Negeri Ke-15 lalu, Azizi menang dengan majoriti 810 undi menewaskan calon BN, Ab Aziz Yusoff. – HARAKAHDAILY 6/8/2024

- Advertisement -