
GUA MUSANG: Calon PERIKATAN NASIONAL (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Mohd Rizwadi Ismail tidak mempunyai sebarang masalah untuk turun ke bawah bersama masyarakat.
Ini kerana, katanya tugas berkenaan telah menjadi rutinnya sebelum ini yang sentiasa turun bersama masyarakat termasuk ke kawasan penempatan Orang Asli.
“Alhamdulillah saya tidak mempunyai sebarang masalah dan boleh turun ke bawah membantu penduduk kampung yang bermasalah (sekiranya dipilih sebagai ADUN),” katanya.
Beliau pernah dilantik sebagai Pengelola Dakwah Halaqat Gua Musang yang bertanggungjawab terhadap 230 pegawai Dakwah Halaqat dan pembantu Dakwah Halaqat.
Sebelum itu beliau berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Stesen Kuantan, kapal KD Pelanduk di Lumut, Sabah dan Markas Laut 2 di Labuan. – HARAKAHDAILY 6/8/2024











