
KANGAR: Rakyat Kelantan, khususnya di DUN Nenggiri, tidak akan terpedaya dengan janji palsu Kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN), kata Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli.
Beliau mengulas demikian ketika disoal media berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) N.43 DUN Nenggiri yang akan diadakan pada 17 Ogos depan.
“Rakyat Kelantan sudah cerdik dengan janji-janji yang sering kali datang setiap kali ada pilihan raya,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Seminar Pengukuhan Pegawai Masjid di Dewan Warisan, di sini hari ini.
Menurut Mohd Shukri, isu berkaitan calon tidak akan menjejaskan peluang PERIKATAN NASIONAL (PN) di Nenggiri.
“PAS dan BERSATU berpisah tiada, kita dalam satu ikatan iaitu PERIKATAN NASIONAL (PN). Isu calon tidak berbangkit dan tidak menjejaskan peluang kemenangan di Nenggiri. Kalau tak percaya, suruh DAP turun sama,” katanya lagi.
Beliau turut menekankan bahawa jika PN menang di Nenggiri, ia akan menjadi tanda jelas bahawa rakyat tidak puas hati dan mahu menunjukkan protes mereka terhadap kerajaan semasa. – HARAKAHDAILY 5/8/2024











