Perlis Outdoor Fest 2024 kembang agropelancongan

- Advertisement -

KANGAR: Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bedkenan berangkat ke Majlis Perasmian Perlis Outdoor Festival Tahun 2024 bertempat di Taman Buah-Buahan Eksotik, Sungai Batu Pahat, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli mengiringi baginda ke program dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Perlis dengan kerjasama Putra Trail Running Club dan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) itu.

Festival tersebut diadakan bagi mempromosikan Taman Buah-buahan Eksotik, Sungai Batu Pahat sempena Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025, bermula dari 2 Ogos sehingga 4 Ogos, hari ini.

Objektif utama penganjuran Perlis Outdoor Festival 2024 adalah untuk mempromosikan Taman Buah-buahan Eksotik sebagai lokasi agropelancongan dan riadah keluarga, selain menawarkan pemandangan menarik berlatarbelakangkan Banjaran Nakawan.

Baginda merasmikan Perlis Outdoor Festival 2024 dengan menyempurnakan simbolik perasmian dan mengurniakan hadiah kepada para pemenang Wang Gunung Trail Run 2024.

Pelbagai acara menarik berbentuk sukan dan rekreasi diadakan antaranya Wang Gunung Trail Run 2.0; perkhemahan dan caravan, kayak, memanah, futsal padang, kembara 4×4, ‘audio show’ dan lain-lain. – HARAKAHDAILY 4/8/2024

- Advertisement -