‘Pesanan’ Ismail Haniyeh harus diikuti dengan amalan

- Advertisement -

KANGAR: Pesanan as-Syahid Syeikh Ismail Haniyeh yang menegaskan untuk tidak menyerahkan Gaza kepada Israel, kini menjadi wasiat ditinggalkannya dan harus dilaksanakan, kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin.

- Advertisement -

Menurut beliau, mutakhir ini pesanan yang menjadi alunan nasyid tersebut kerap kedengaran dilantun berulang kali di platform media sosial terutama TikTok di mana menggambarkan semangat juang tokoh itu semakin popular.

“Pemimpin kami, Ismail, telah mengatakan kita tidak akan serah bumi Gaza ini kepada Israel. Nasyid ini semakin kedengaran dalam TikTok dan sebagainya.

“Ini adalah satu pesanan yang ditinggalkan dan harus diikuti dengan amalan,” katanya turut menyeru agar umat Islam mendoakan agar penduduk Gaza diberikan kekuatan dan kemenangan yang berkekalan.

Ketua Biro Politik HAMAS itu terbunuh dalam serangan khianat Zionis-Israel ke atas kediamannya di Tehran, Iran pada Rabu, 31 Julai untuk menghadiri majlis angkat sumpah Presiden Iran, Masoud Pezeshkian.

Walaubagaimanapun, Iran tidak memberikan butiran mengenai bagaimana Haniyeh dibunuh dan menyatakan bahawa serangan berkenaan sedang disiasat.

Memetik portal Al Jazeera, kumpulan HAMAS dalam kenyataan pada Rabu, berkata selepas majlis penghormatan terakhir berlangsung di ibu negara Iran itu.

Jenazah Ismail akan dikebumikan di Doha, ibu negara Qatar pada hari ini, 2 Ogos, selepas solat Jumaat, di sana.

“Kita hanya doakan bahawa di Gaza itu mereka akan dapat kembalikan dan kemenangan daripada pihak Islam untuk selamanya,” tambah Tuan Guru Hashim. – HARAKAHDAILY 2/8/2024

- Advertisement -