Projek rintis tingkatkan pendapatan rakyat

Senator Dato' Husain Awang
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Projek rintis Dasar Gaji Progresif membabitkan sektor swasta bagi membantu meningkatkan pendapatan rakyat selari dengan peningkatan produktiviti untuk melonjakkan Malaysia ke status negara berpendapatan tinggi.

- Advertisement -

Senator Dato’ Husain Awang berkata, sebanyak 362 majikan telah membuka permohonan akaun untuk menyertai projek rintis bagi sistem gaji yang berprogresif.

“Data yang ada di tangan saya setakat 12 Julai hanya seramai 867 majikan telah membuka akaun bagi sistem gaji progresif, dan bukannya 996 permohonan.

“Antara lima sektor yang utama dan terlibat dalam projek rintis ini adalah sektor pembuatan, pembinaan, perdagangan borong dan runcit, pembaikan kenderaan bermotor dan motosikal; maklumat dan komunikasi serta aktiviti profesional, saintifik dan teknikal.

“Peratusan sektor manakah yang tertinggi dalam keterlibatan projek rintis ini dan adakah projek ini menjadi projek yang wajib disertai oleh majikan pada masa akan datang,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Negara, hari ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad berkata, kementeriannya telah menerima laporan penilaian projek rintis syarikat bagi tujuan pembaikan dasar dan juga pelaksanaan.

“Hasil daripada laporan yang dibentangkan dan kita akan melaksanakan projek ini yang dijangka pada Disember.

“Walau bagaimanapun perkara ini masih lagi belum dijadikan satu kewajipan dan sebab itu kita memperuntukkan RM50 juta sahaja untuk projek rintis yang kita sasarkan sebanyak 1,000 syarikat untuk didaftarkan,” katanya. – HARAKAHDAILY 30/7/2024

- Advertisement -