
KANGAR: Aduan penduduk berkaitan masalah jalan di Kampung Tok Kaya, Kayang, di sini kini berjaya diselesaikan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kayang, Asrul Aimran Abd Jalil, berkata, pihaknya sentiasa berusaha agar setiap masalah rakyat dapat diselesaikan dengan kadar segera.
“Alhamdulillah syukur dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.
“Satu lagi masalah dan aduan rakyat berkaitan jalan di Kampung Tok Kaya, Kayang, Perlis dapat diselesaikan,” katanya.
Beliau berharap penyelesaian masalah itu akan memberikan kelegaan dan keselesaan kepada penduduk kampung yang menggunakan jalan tersebut sebagai laluan utama mereka.
“Semoga memberikan kelegaan dan keselesaan buat penduduk kampung untuk menggunakan jalan ini sebagai laluan utama mereka,” tambahnya lagi.
Walaupun memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, beliau tidak pernah melupakan penduduk di kawasan yang diwakilinya.
“Sungguhpun menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tetapi penduduk di DUN tidak dilupakan.
“Pembaikan jalan ini diharapkan akan meningkatkan kualiti hidup penduduk Kampung Tok Kaya dan memperbaiki infrastruktur asas di kawasan ini,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 30/7/2024












