Belum terima laporan Malakat Mall tutup

- Advertisement -

KOTA BHARU: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, pihaknya belum menerima laporan terperinci berhubung penutupan premis fizikal Malakat Mall Cyberjaya.

- Advertisement -

Menurutnya, laporan itu diperlukan sebelum pihaknya meneliti apa tindakan dan bantuan yang boleh diambil.

“Setakat ini kita belum mendapat laporan lagi, jadi kena tunggu laporan dahulu,” katanya pada media selepas merasmikan Hari Koperasi Negara (HKN) 2024 Peringkat Negeri Kelantan yang diadakan di sebuah hotel petang semalam. Hadir sama anggota Exco kerajaan negeri Mejar (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman.

Ewon juga berkata, kementerian terbabit mengadakan program Tabung Modal Pusingan, geran bantuan bagi membolehkan koperasi mengembangkan perniagaan termasuk sektor peruncitan.

Menyentuh tentang program HKN katanya KUSKOP mengambil langkah awal untuk membantu koperasi yang terbabit dalam sektor pelancongan bagi mempromosi produk dan perkhidmatan supaya mendapat pasaran yang lebih luas.

“Mulai tahun ini KUSKOP memperuntukkan sebanyak RM2 juta menerusi program Program Jom Jelajah Koperasi yang mana bantuan diberi kepada koperasi yang terbabit dalam sektor pelancongan untuk meningkatkan daya pasaran produk pelancongan,” katanya. – HARAKAHDAILY 30/7/2024

- Advertisement -