‘Tak pandai buat duit, ambil dari poket rakyat’

- Advertisement -

BUKIT GANTANG: Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Razman Zakaria melontarkan kebimbangan yang dirasai rakyat terhadap cara tadbir urus Kerajaan Madani di mana banyak memberi ancaman kepada kedaulatan agama dan negara.

- Advertisement -

Menurut beliau, isu-isu yang membelenggu kehidupan rakyat rakyat pada masa kini tidak hanya menyentuh berkaitan agama dan bangsa, malah sejak kebelakangan ini membangkitkan perkara berhubung moral para pimpinan kerajaan itu sendiri.

“Kita nak tahu ke mana dia nak bawa moral rakyat? Ke mana nak dibawa ekonomi negara ini? Tidak pernah berlaku sebelum ini konsert kumpulan muzik Barat yang pro-Zionis (diadakan).

“Dan terang-terang (pula) menyokong (agenda) LGBT (ketika) buat persembahan cium sesama jenis di pentas,” katanya dengan penuh kesal dan kecewa.

Razman berkata demikian ketika berucap pada majlis ceramah sempena   Hari Keluarga PAS Pusat 2024 anjuran Lajnah Pembangunan Insan dan Kerukunan Keluarga PAS di Markas PAS Kawasan Bukit Gantang, malam kelmarin.

ADUN Gunung Semanggol itu turut mempertikaikan tindakan kerajaan ketika ini terhadap prinsip kebebasan bersuara terutama apabila media sosial juga disekat bagi menutup kelemahan dan kritikan yang dilemparkan rakyat kepada kerajaan.

Beliau secara sinis menempelak Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang pernah menyalahkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) kononnya tidak pandai mentadbir sebagai punca nilai Ringgit jatuh.

“Kalau kita tengok dulu dia pernah bercakap pasal apa Ringgit jatuh? Pasal kononnya PN tak pandai perintah negeri. Sekarang ini kegagalan dia mengurus negara (pula).

“Saya lihat mereka sekarang ini nak buat duit tidak pandai, yang kita nampak dia ambil duit dari poket rakyat. Apabila dia (Anwar Ibrahim) naik sebagai pemerintah, dia tarik subsidi,” bidasnya. – HARAKAHDAILY 29/7/2024

- Advertisement -