Pengerusi ASEAN: Malaysia perlu main peranan utama

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu memainkan peranan utama dalam menetapkan hala tuju ASEAN bagi mengharungi cabaran-cabaran semasa dan masa hadapan.

- Advertisement -

Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, Malaysia menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun hadapan.

“Kerajaan perlu menyedari kepentingan untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025. Blok ASEAN itu penting terutamanya daripada kerjasama yang serantau di negara ini.

“Apakah jurang yang perlu diambil perhatian semasa Malaysia menjadi pengerusi ASEAN pada tahun depan,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Negara, hari ini.

Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan berkata, tiada jurang antara Laos dan Malaysia serta keutamaan negara turut berbeza.

“Malaysia mempunyai keutamaan tapi saya tak boleh bagitahu awal kerana kita akan bentangkan semasa sidang kemuncak ketua-ketua ASEAN pada Oktober di Laos.

Terdahulu, Laos pernah mempengerusikan ASEAN pada 2004 dan 2016, serta kini.

Menurut media tempatan, setakat tujuh bulan Laos sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, negara tersebut diperhatikan memainkan peranan yang penting walaupun terdapat kekangan daripada segi ekonomi. – HARAKAHDAILY 29/7/2024

- Advertisement -