Pertimbang harga premium tanah projek IPR Intan

Senator Hussin Ismail
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) menerusi Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) dengan membuka tanah kepada golongan B40 dan miskin tegar untuk diusahakan sebagai kawasan pertanian bagi mengatasi masalah kemiskinan tegar.

- Advertisement -

Senator Hussin Ismail berkata, beliau sangat tertarik dengan ruang pembukaan tanah kerajaan negeri yang akan diberi izin kepada Kementerian Ekonomi untuk pembangunan pertanian.

Dalam masa yang sama, beliau turut berasa bimbang kerana apabila usahawan kecil mahu memiliki tanah kerajaan dan perlu membayar dengan harga premium yang sangat tinggi.

“Kadang-kadang sesetengah negeri premium untuk pajakan pun sekurang-kurangnya sekitar 50 peratus daripada harga asal. Mohon menteri komen ataupun dengan dasar ini nilai premium itu boleh dipertimbangkan supaya kecilkan nilai tersebut.

“Sebab sebahagian kos premium itu sudah habis modal dalam pembuatan kerja,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Negara, hari ini.

Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli berkata, beliau berterima kasih kepada semua kerajaan negeri dari pembangkang ataupun kerajaan kerana memberi sambutan yang sangat baik kepada IPR Intan.

“Mereka sedia maklum bahawa infrastruktur itu ada di situ dan daripada tanah itu terbiar, sekurang-kurangnya kumpulan miskin tegar di kawasan itu mendapat pekerjaan. – HARAKAHDAILY 29/7/2024

- Advertisement -