Gotong-royong Perdana Komuniti Sanglang meriah

- Advertisement -

ARAU: Hampir 50 penduduk tempatan menyertai program Gotong-royong Perdana Komuniti Sanglang di pekarangan rumah Fatimah Ahmad, persisiran Pantai Kuala Sungai Padang, di sini, semalam.

- Advertisement -

Program anjuran bersama Ahli Majlis Sanglang dan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) itu diadakan bagi membersihkan kawasan sekitar serta mengeratkan hubungan sesama masyarakat tempatan.

Turut hadir, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Razali Saad da  Yang Dipertua (YDP) MPK, Affendi Rajini Kanth serta Pegawai Khas Menteri Besar, Solahudin Azmi.

Juga Ahli Majlis Sanglang, Husna Hashim dan Penyelaras Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang, Amrul Amri Chan.

Selain aktiviti membersihkan kawasan, penduduk juga berpeluang menyuarakan masalah mereka kepada pemimpin yang hadir.

Para peserta terlibat dalam mengutip sampah di persisiran pantai bersama-sama penduduk sekitar.

Menurut Razali, program tersebut menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi dalam kalangan komuniti.

“Terima kasih kepada semua yang hadir pagi ini. InsyaAllah, kita akan anjurkan lebih banyak aktiviti di Komuniti Sanglang,” katanya. – HARAKAHDAILY 29/7/2024

- Advertisement -