
GUA MUSANG: Armada BERSATU mohon maaf kepada semua penduduk di DUN Nenggiri kerana bekas ADUN Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim mengkhianati mandat yang diberi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lepas.
Ketuanya Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal berkata, beliau bagi pihak BERSATU memohon maaf terhadap perkara yang telah berlaku itu.
Kata beliau, pihaknya kesal terhadap perkara yang berlaku tersebut setelah rakyat memberi mandat pada PRN lepas, namun akhirnya dikhianati oleh Mohd Azizi.
“Kita kesal di atas tindak tanduk tersebut yang tidak sepatutnya berlaku setelah rakyat bersusah payah memberi mandat bagi membolehkan Perikatan Nasional menang di DUN Nenggiri dan Parlimen Gua Musang,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Beliau turut menghadiri program pelancaran Jentera Pilihan Raya PRK Nenggiri dan bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Afnan Hamimi Taib, Ketua Pemuda PAS Kelantan Mohamad Kamal Mohamed, Ketua Ketua Penerangan PAS Pusat Ahmad Fadhli Shaari.
Juga Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda Pusat Mohd Sukri Omar, Ketua Pemuda PAS Gua Musang Abidin Hanipa, Ketua Penerangan PAS Kelantan Mohd Asri Mat Daud dan ADUJ Paloh Dato’ Shaari Mat Husin.
Wan Ahmad Fayshal juga memberi jaminan pemilhan calon baru bagi menggantikan bekas ADUN sebelum ini tidak berlaku pisang berbuah dua kali.
“Saya mengsyorkan kepada pimpinan BERSATU Pusat supaya calon yang akan bertanding nanti melakukan seperti baiah yang dilakukan setiap calon PAS bagi mengelakkan dikhianati mandat diberi rakyat,” katanya. – HARAKAHDAILY 26/7/2024











