4 negeri pegawai dilantik Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri

- Advertisement -

KOTA BHARU: Seramai 700 Pegawai Tadbir Negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor menyertai Program Peningkatan Kemajuan Kerjaya edisi kali ke-16 yang berlangsung 24 hingga 29 Julai ini.

- Advertisement -

Program berkenaan dirasmikan Menteri Besar, Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud di Dewan Tok Guru Dato’ Bentara Setia, Kompleks Kota Darulnaim, di sini semalam.

Menteri Besar berkata, keempat-empat negeri tersebut dikenali Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu ditadbir anak negeri sendiri yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri.

Katanya ia berbeza berbanding negeri-negeri lain yang ditadbir pegawai-pegawai yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

“Pegawai Tadbir Negeri khususnya di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor mempunyai sejarahnya yang tersendiri,” katanya.

Menurutnya juga kerjasama antara empat negeri terebut akan terus dieratkan dan menjadi satu institusi yang terus teguh pada masa hadapan.

Oleh itu beliau berharap program terbabit dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan serta mengukuhkan hubungan antara pegawai-pegawai tadbir dari negeri-negeri yang berbeza. – HARAKAHDAILY 26/7/2024

- Advertisement -