Manek Urai berubah selepas banjir besar 2014

Mohd Fauzi Abdullah
- Advertisement -

KUALA KRAI: Banjir besar yang melanda hulu Kelantan pada tahun 2014 merubah wajah Kampung Manek Urai memandangkan sebahagian besar rumah yang ada sekarang dibina selepas banjir.

- Advertisement -

ADUN Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah berkata, ketika banjir besar tersebut lebih 100 rumah penduduk di Kampung Manek Urai runtuh dan hanyut.

Katanya, semua rumah yang rosak dan hanyut diganti baharu di mana pembinaan dibiayai kerajaan Pusat, kerajaan negeri, agensi kerajaan dan NGO.

“Kampung Manek Urai antara lokasi yang terjejas teruk akibat banjir ketika itu, malah Kampung Baru Manek Urai yang agak tinggi juga tenggelam.

“Hari ini sebahagian besar rumah yang ada sekarang merupakan rumah baharu yang dibina semula selepas banjir besar,” ujarnya ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya juga sebuah penempatan baharu diwujudkan di Kampung 69 yang terletak berhampiran jalan utama Kuala Krai-Gua Musang disumbang kerajaan Selangor.

Kata beliau mangsa-mangsa banjir yang dipindah ke penempatan tersebut sebelum ini tinggal menyewa, membina rumah di tanah rezab kereta api dan rizab sungai di Kampung Manek Urai Lama. – HARAKAHDAILY 26/7/2024

- Advertisement -