Pengurus tidak mahu anak buah dibuai mimpi

Zahar Ab Kadir
- Advertisement -

KOTA BHARU: Skuad bawah 23 tahun Kelantan Darul Naim FC (KDN FC II) menanti kunjungan Penang FC di Stadium Sultan Muhammad I malam ini bagi menghadapi perlawanan keenam Piala MFL 2024/25.

- Advertisement -

Pengurus KDN FC II, Zahar Ab Kadir berkata, pasukan itu beraksi cemerlang membenam Kuching City baru-baru ini.

“Alhamdulillah skuad kita masih kekal rekod bersih berada di tangga pertama. Ini semua berkat doa serta sokongan padu semua pihak,” katanya di sini.

Oleh itu beliau berharap semua penyokong datang beramai-ramai ke Stadium Sultan Muhammad IV malam ini untuk membangkitkan semangat pemain KDN FC II.

Menurutnya juga sokongan penyokong sangat penting kerana bukan sahaja membantu pemain di padang, malah akan menggerunkan pasukan lawan yang bertandang ke Kota Bharu.

Bagaimanapun Zahar tidak mahu anak buahnya dibuai mimpi dengan kedudukan di carta pertama minggu kedua berturut-turut.

Beliau mahu pemain mampu mengawal diri kerana masih banyak perlawanan perlu dihadapi KDN FC II bagi menghadapi saingan MFL. – HARAKAHDAILY 22/7/2024

- Advertisement -