Isteri Wan Saiful kembali ke rahmatullah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Datin Alena Omar, isteri Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan meninggal dunia pada jam 3.07 petang ini.

- Advertisement -

Perkara itu dimaklumkan menerusi laman Facebook Wan Saiful.

“Dukacita dimaklumkan bahawa Allahyarhamah Hajah Alena Omar, isteri kepada Wan Saiful Wan Jan, telah kembali ke rahmatullah pada jam 3.07 petang, Isnin 22 Julai 2024 di Institut Kanser Negara, Putrajaya.

“Jenazah akan disempurnakan di Institut Kanser Negara, Putrajaya,” menurut hantaran itu.

Dimaklumkan juga solat jenazah akan dilaksanakan di Masjid Kariah Sungai Sekamat, Batu 12, Jalan Cheras, Kajang.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Sekamat, Jalan Sungai Sekamat. – HARAKAHDAILY 22/7/2024

- Advertisement -