
KUALA LUMPUR: Gangguan siber global yang menjejaskan banyak syarikat penerbangan, bank dan firma telekomunikasi menyebabkan kelewatan dan gangguan di seluruh dunia termasuk Malaysia.
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2 tersekat bermula petang semalam setelah Harakahdaily membuat tinjauan di media sosial, seluruh kaunter sesak kerana terpaksa membuat pendaftaran manual.
Sementara itu, Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) melaporkan semua perkhidmatan di bawah kelolaannya tidak terjejas dengan gangguan sistem virus ‘Crowdstrike’ Microsoft Windows.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) serta Pengasas CrowdStrike Inc, George Kurtz, mengesahkan gangguan teknologi maklumat (IT) global ini yang menjejaskan banyak syarikat penerbangan dan perniagaan bukanlah insiden keselamatan atau serangan siber.
“Ini bukan insiden keselamatan atau serangan siber. Isu ini telah dikenal pasti serta diasingkan dan pembetulan telah digunakan.” katanya dalam satu kenyataan di melalui LinkedIn beliau.
Selain itu juga, tiket aplikasi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Mobile(KITS) dan semua perkhidmatan pelanggannya turut mengalami gangguan teknikal.
Dalam satu kenyataannya, kerja-kerja baik pulih sedang giat dijalankan.
“KTMB memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Terima kasih atas perhatian anda,” ujarnya.
Walau bagaimanapun, sistem tersebut sedang membuat perubahan keselamatan namun sistemnya turut terganggu kerana kesilapan teknikal.
Difahamkan juga, seluruh syarikat penerbangan utama dunia mengalami gangguan yang sama susulan masalah komunikasi yang berlaku. – HARAKAHDAILY 20/7/2024











