
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan tiga negeri pada hari ini.
MetMalaysia berkata, antara kawasan yang terlibat iaitu Pahang, Johor dan Sabah.
“Antara kawasan di Pahang (Pekan dan Rompin) dan Johor (Segamat, Muar, Kluang dan Mersing).
“Selain itu, Sabah di Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Tongod) sehingga 6 petang ini,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
MetMalaysia turut memaklumkan amaran dikeluarkan sekiranya terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter per jam yang berlaku selama hampir atau melebihi satu jam.
Menurutnya, amaran ribut petir merupakan peringatan jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
“Orang ramai boleh melayari laman sesawang MetMalaysia untuk mengetahui tahap cuaca terkini di Malaysia,” katanya. – HARAKAHDAILY 19/7/2024











