Tambah elaun petugas ‘Home Help’

Muhammad Islahuddin Abas
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menyediakan inisiatif lain untuk memberikan khidmat sokongan kepada golongan penjaga atau ibu bapa yang mempunyai anak yang tergolong dalam pesakit terlantar.

- Advertisement -

Muhammad Islahuddin Abas (PN-Mersing) berkata, perkara ini dapat membantu penjaga atau ibu bapa untuk saling bertukar pandangan bagi mendapat keputusan maklumat atau sokongan.

Sementara itu, Islahuddin mencadangkan agar kerajaan dapat menambah elaun bagi petugas Khidmat Bantu di Rumah (Home Help).

“Petugas ini hanya datang sehari seminggu ke rumah pesakit-pesakit ini sama ada terlantar atau pun duduk berseorangan.

“Jadi sekiranya elaun ini dapat ditambah sekurang-kurangnya mereka dapat hadir lebih kerap berbanding sekarang ini yang hanya seminggu sekali ke rumah ke rumah ‘Home Help’ ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, berkata isu kenaikan elaun petugas Home Help bergantung kepada kewangan semasa kerajaan. – HARAKAHDAILY 16/7/2024

- Advertisement -