Peruntukan khusus untuk kanak-kanak angkat sumpah

Kalam Salan
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kalam Salan (PN-Sabak Bernam) menekankan keperluan memasukkan peruntukan khusus bagi membolehkan kanak-kanak dan orang kurang upaya (OKU) mengangkat sumpah.

- Advertisement -

Beliau menyatakan kepentingan memastikan bahawa sumpah dan ikrar, yang melibatkan pihak yang menerima sumpah seperti majistret, hakim mahkamah, pesuruhjaya sumpah, dan notari awam serta pihak yang bersumpah (deponent), dijalankan mengikut undang-undang yang ditetapkan.

Mohd Fasiah berkata, Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018 tidak mempunyai peruntukan khusus untuk kanak-kanak mengangkat sumpah atau berikrar.

“Selama ini, kanak-kanak dan OKU dianggap belum matang dan tidak dibenarkan bersumpah.

“Namun, Kaedah 11 Kelakuan dan Fungsi Pesuruhjaya Sumpah 2018 membenarkan OKU bersumpah dengan bantuan orang yang dikenali dan dipercayai, seperti keluarga atau peguam mereka, dan sumpah tersebut perlu disertakan dengan jurat yang menyatakan siapa yang membantu mereka dalam proses tersebut,” katanya semasa membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Sumpah dan Ikrar (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat, hari ini

Justeru, beliau mencadangkan agar RUU Sumpah dan Ikrar dipinda untuk memasukkan peruntukan khusus bagi membolehkan kanak-kanak mengangkat sumpah yang akan memberikan panduan jelas kepada semua pesuruhjaya sumpah dalam menjalankan tanggungjawab mereka.

Selain itu, beliau turut menyokong penambahan jurubahasa di mahkamah untuk membantu golongan OKU seperti bisu dan pekak.

“Pegawai yang berkemahiran dalam bahasa isyarat perlu disediakan di mahkamah bagi memudahkan proses sumpah dan ikrar.

“Selama ini, mahkamah mendapatkan jurubahasa dari sekolah-sekolah khas untuk membantu dalam proses ini,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 15/7/2024

- Advertisement -