‘Inilah puak-puak tahi judi’

Dr Azman Ibrahim
- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: “Inilah puak-puak tahi judi,” kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim.

- Advertisement -

Justeru, ujarnya adalah tidak betul jika dikatakan judi tidak perlu diharamkan tetapi didik masyarakat supaya faham keburukan amalan syaitan itu.

“Tak betul kalau kata, judi tak perlu diharamkan cuma kita perlu didik masyarakat supaya faham keburukan judi.

“Jenuh kita syarah tentang pengharaman judi tapi kedai judi ada buka depan mata,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook beliau.

Sehubungan itu, katanya usaha untuk membasmi perjudian perlu menggunakan semua kaedah yang ada.

Menurutynya, masyarakat perlu dididik bahawa judi itu keji daripada amalan syaitan yang diharamkan oleh Allah.

Kesannya, kata beliau merosakan diri, keluarga dan masyarakat.

Tambahnya, dalam masa yang sama kuasa yang ada perlu digunakan.

“Kuasa pemerintahan boleh digunakan bagi menentukan lesen judi boleh diberi atau tidak.

“Dengan kuasa yang ada, lesen premis judi boleh disambung atau sebaliknya,” ujarnya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri Terengganu,

Beliau berkata, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis sudah tidak mengeluarkan lesen kepada premis judi.

Azman menjelaskan, pengeluaran lesen judi di bawah bidang kuasa kerajaan pusat.

Beliau turut menyentuh keputusan mahkamah yang mengisytiharkan tindakan Kerajaan Negeri Kedah menutup premis judi adalah tidak sah.

“Yang bawa kes ke mahkamah ialah mereka yang terus nak berniaga judi dan nak berjudi di Kedah.

“Tak mustahil puak-puak ini akan cuba cabar penutupan premis-premis judi di negeri-negeri lain selepas ini,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 12/7/2024

- Advertisement -