
KUALA LUMPUR: Pegangan Ahli Parlimen dalam kerajaan pada ketika ini adalah berbeza dengan kenyataan semasa terlibat dalam perbahasan pindaan Akta Anti Lompat Parti sebelum terutamanya dalam isu penafsiran.
Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) berkata, pegangan berkenaan tafsiran tersebut oleh Ahli Parlimen Jelutong ketika ini berbeza dengan pegangan semasa terlibat perbahasan tersebut dan juga berbeza dengan Ahli Parlimen Damansara, Gonind Singh Deo.
“Dia (Gobind Singh) menyebut (pada ketika perbahasan tersebut) dengan Yang Berhormat Menteri isu berkenaan dengan keadaan di mana seseorang itu digugurkan keahlian beliau dalam parti menjadi penting buat tujuan pindaan-pindaan yang baharu ini.
“Nampak tak? Ia bertentang dengan pandangan Jelutong tadi, Jelutong ni dulu dia macam lain. Sekarang dia macam lain. Jadi dia tak ada prinsip, dia berubah-ubah.
“Disambung balik kenyataan Puchong ataupun sekarang ni Damansara. Kita kena ingat ni pindaan-pindaan yang baharu, jadi tak terikat macam mana.
“Dia (Gobind) seorang pengamal undang-undang, dia boleh bercakap macam itu untuk nak mengesahkan benda yang tak betul ini. Di situ soalan-soalan yang dikemukakan tadi. Ini kata Gobind Singh Deo Karpal Singh.
“Ada yang risau berkenaan dengan definasi ini, definasi tadi interpretasi. Saya (Gobind) rujuk Yang Berhormat Menteri kepada perkara-perkara yang baru iaitu 49A disebut tadi,” ujar beliau mengimbas ucapan Gobind semasa perbahasan tersebut.
Awang mengemukakan perkara tersebut semasa membangkitkan Perkara 99 berkaitan keputusan Yang Dipertua berkenaan ‘sebarang perkara tafsir dalam mana-mana peraturan mesyuarat atau berkenaan kelaziman adalah muktamad’ di Dewan Rakyat, di sini petang semalam.
Tambahnya, Gobind sambung perbahasan dengan meminta untuk dibenarkan membuat rujukan kepada dua perkara iaitu melihat perbezaan antara perkataan yang digunakan dalam pindaan ini.
“Dua keadaannya iaitu 49A(1)(a) yang menyatakan seperti berikut setelah dipilih ke Dewan Rakyat sebagai anggota satu-satu parti politik; satu, dia melepaskan keanggotaan kemudian, perkataan yang berbeza; dua, dia tidak lagi menjadi anggota parti politik itu atau itu menunjukkan keadaan yang berbeza,” imbas beliau.
Dalam pada itu, Awang meminta penjelasan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Dato Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar bagi menjawab sama ada bersetuju dengan kenyataan daripada Gobind Singh Deo Karpal Singh itu.
“Yang sekarang mewakili Damansara dan menjadi Menteri Digital. Jadi dia jawab itu sebenarnya tujuan yang kedua tadi saya sebut tadi yang kedua itu. Itu untuk mengatasi masalah situasi-situasi yang sebegini,” kata beliau. – HARAKAHDAILY 12/7/2024











