Kanye West dikesan kini berada di Rusia

Vladimir Putin (kanan) dan Kanye West.
- Advertisement -

MOSCOW: Penyanyi rap tersohor Amerika Syarikat (AS), Kanye West kini dikesan sedang berada di Moscow dalam rangka lawatan ke ibu kota Rusia tersebut, menurut laporan media Rusia pada Ahad memetik kenyataan seorang penerbit terkemuka negara itu.

Di tengah-tengah perang Rusia-Ukraine yang menyebabkan sekatan meluas dari AS dan Eropah serta sekatan perjalanan ke Rusia, kebanyakan artis Barat telah mengelak daripada membuat persembahan di sana.

- Advertisement -

West, 47, yang terkenal dengan kenyataan berbaur politik yang kontroversi di AS, sebelum ini melahirkan rasa kagum terhadap Presiden Rusia, Vladimir Putin.

“Kanye West sudah berada di Moscow! Ini berita baik, dia tinggal di tengah-tengah ibu kota (Moscow), lapor agensi berita Rusia, TASS memetik kenyataan penerbit Yana Rudkovskaya di media sosialnya.

Laporan itu menyusuli khabar angin bulan lalu yang melaporkan bahawa West akan mengadakan konsert di Moscow. 

Bagaimanapun, Stadium Luzhniki, lokasi konsert itu dikhabarkan akan berlangsung, memaklumkan  kepada media tempatan bahawa ia tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai kemungkinan konsert West di situ.

Sementara,  wakil pereka bentuk Rusia, Gosha Rubchinskiy bercakap kepada RT, West sebenarnya telah melawat Moscow untuk menghadiri majlis hari jadi Rubchinskiy yang ke-40. 

Rubchinskiy, yang mengambil alih sebagai Ketua Reka Bentuk untuk jenama Yeezy Kanye pada Disember 2023, menyambut hari lahirnya pada Sabtu.

Di tengah-tengah perang di Ukraine, yang menyebabkan sekatan meluas dari AS dan Eropah serta sekatan perjalanan ke Rusia, kebanyakan artis Barat telah mengelak daripada membuat persembahan di sana.

Laporan dari saluran Telegram SHOT menunjukkan bahawa West dan Rubchinskiy merancang untuk bersiar-siar di Moscow sebelum menuju ke tempat persendirian, terhad kepada kakitangan yang diberi kebenaran khas sahaja.

Pereka bentuk itu dikenal pasti antara mereka yang dilihat bersama Kanye dalam video yang beredar dalam talian.

Tidak lama selepas berita mengenai lawatan Kanye itu tersebar, iklan dalam talian muncul menawarkan tiket ke konsert yang dikatakan sebagai konsert West di Stadium Luzhniki pada 5 dan 6 Julai ini. 

Iklan tersebut memaparkan harga tiket antara 3,600 rubel (AS$42) hingga 12,000 rubel (AS$140), dengan pantas bagaimanapun telah dialih keluar oleh platform Avito.

Terdahulu, antara kenyataan kontroversinya ialah menerusi tweet dalam Twitter (sekarang dikenali sebagai platform X) yang kini dipadamkan yang disiarkan lebih sedekad lalu, West dikatakan secara bergurau mengulas tentang Illuminati – kumpulan rahsia yang mengikut teori konspirasi, bertindak mengawal setiap organisasi utama di dunia, memanipulasi sistem kewangan global dan menentukan dasar untuk memulakan ‘Tatanan Dunia Baharu’ (New World Order). – Agensi/– HARAKAHDAILY 1/7/2024

- Advertisement -