Rogol bawah umur: Perundangan sivil lemah, gagal

Beri ruang laksana Undang-undang Jenayah Syariah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Rogol bawah umur yang berlaku peningkatan kejadian sebagaimana dilaporkan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menunjukkan lemah dan gagalnya undang-undang sivil mengekang jenayah tersebut.

- Advertisement -

Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) mengemukakan perkara tersebut semasa mengambil bahagian berucap pada Perbahasan Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, Parlimen, di sini sebentar tadi.

“Laporan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, saya sebut namanya, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang membuat laporan mengatakan kes rogol remaja bawah umur 16 tahun meningkat.

“Daripada 202 kes iaitu peningkatan 11.8 peratus pada tahun lepas dan awal tahun ini. Yang laporan ini antara signifikan, memberi maksud kepada kita bahawa lemahnya, gagalnya undang-undang sivil yang ada pada hari ini.

“(Iaitu) untuk mengekang jenayah rogol ini walaupun berlaku mungkin suka sama suka, tetapi ia tetap diletakkan sebagai statutory rape ataupun rogol bawah umur dengan izin, yang sangat mencemaskan kita,” ujar beliau.

Menurutnya, ini membuktikan bahawa Undang-undang Jenayah Syariah yang dilaksanakan di negeri-negeri pada hari ini perlu diberi ruang untuk dilaksanakan dengan sebaik-baiknya dan Akta 355 perlu segera dipinda di Dewan mulia ini.

Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Sik ini menyatakan, ia untuk memastikan jenayah-jenayah yang membahayakan generasi hari ini dapat dibanteras. – HARAKAHDAILY 29/2/2024

- Advertisement -