Waspada, jangan terpengaruh penipuan dalam talian

Ustaz Mohd Ridzuan (tengah) menerima cenderahati daripada agensi Majlis Perbandaran Kangar (MPK).
- Advertisement -

ARAU: Penduduk dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan penipuan dalam talian yang semakin menular kini.

- Advertisement -

Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji, Ustaz Mohd Ridzuan Hashim berkata, jangan mudah percaya jika menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali dan sentiasa berwaspada.

“Saya ingatkan agar kita tidak mudah terpengaruh dengan aktiviti penipuan atas talian yang semakin menjadi-jadi sekarang ini.

“Buat apa pun, perlu berhati-hati dan dapatkan nasihat dari mereka yang mahir dengan penggunaan telefon,” katanya ketika merasmikan Hari Bersama Pelanggan DUN Guar Sanji 2024 di pekarangan Pejabat Pusat Khidmat DUN Guar Sanji, di sini, semalam.

Menurutnya, kira-kira 10 agensi dan jabatan hadir membuka kaunter perkhidmatan untuk penduduk sekitar jam 9 pagi hingga 1 petang pada program itu.

Antara agensi yang hadir seperti Pejabat Tanah dan Galian, Pejabat Pembangunan Negeri Perlis (ICU), Majlis Perbandaran Kangar (MPK), E-Idaman, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Jabatan Perangkaan, Takaful Ikhlas dan sebagainya.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/2/2024

- Advertisement -