PAS cawangan, kawasan perlu gerak seiring

- Advertisement -

JERANTUT: Semua cawangan mesti bergerak seiring bersama PAS kawasan dalam membantu wakil rakyat mereka untuk mengisi kemenangan yang telah dicapai.

- Advertisement -

Ahli Parlimen Jerantut, Ir. Ts. Khiril Nizam Khirudin, berkata bergerak seiring itu perlu dilaksanakan walaupun pentas politik sedang bergelora.

Beliau memetik maksud firman Allah dalam surah al-Ahzab, ayat ke 72 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah (tanggungjawab) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tiada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan amat jahil.”

Beliau mengucapkan tahniah kepada semua AJK dan cawangan-cawangan yang hadir Mesyuarat Agung Tahunan 7 Cawangan di Kompleks Imam Al-Syafie (KIAS), Jerantut. – HARAKAHDAILY 9/2/2024

- Advertisement -