Al Quds hak umat Islam seluruh dunia

- Advertisement -

KOTA BHARU: Umat Islam diseru sentiasa berdoa pada Allah demi mempertahankan bumi Palestin dari dijajah Israel yang hingga kini telah mengorbankan umat Islam hampir 29,000 sejak diserang tahun lalu.

- Advertisement -

Pengerusi Assabiqun Negeri Kelantan, Dato’ Abdullah Ya’kub, berkata, Al Quds adalah hak umat Islam seluruh dunia dan merupakan tempat suci bagi Islam.

Jelasnya, amat malang dan satu kehilangan besar sekiranya membiarkan bumi berkenaan dijajah Israel seolah membenarkan mereka menjadikan Al Quds sebagai ibu negara Israel.

“Bersempena Israk dan Mikraj ini, umat Islam sangat sedih di mana Masjid Aqsa merupakan tempat persinggahan Nabi kita dalam peristiwa Israk Mikraj.

“Kita sangat bersedih apa bila zionis yahudi masih lagi berkuasa di Baitulmaqdis dan mereka ingin jadikan tempat tersebut  sebagai ibu negara israel,” katanya lagi.

Beliau menambah, perjuangan untuk bersama rakyat Palestin dan mempertahankan Baitulmaqdis tidak ada noktahnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat Kelantan khususnya hadir pada majlis yang dianjurkan sama ada kerajaan negeri atau badan-badan bukan kerajaan NGO untuk Palestin bagi mengetahui suasana terkini umat Islam di sana. – HARAKAHDAILY 9/2/2024

- Advertisement -