36 SAR di Kedah bakal terima BKSM

- Advertisement -

SUNGAI PETANI: Sekolah Agama Rakyat (SAR) seluruh Kedah bakal menerima Biasiswa Kecil Sekolah Menengah (BKSM) berjumlah RM104 juta.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Komunikasi dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Azam Abdul Samat berkata, peruntukan itu telah diluluskan oleh kerajaan negeri melibatkan 36 SAR seluruh negeri.

“Bantuan ini sebagai membantu meringankan pentadbiran SAR yang kebanyakannya beroperasi atas bayaran yuran pelajar dan sumbangan orang ramai,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada ucapan perasmian sempena Mesyuarat Agung Persatuan Pengetua SAR Kedah kali ke-3, di Hotel Seri Malaysia, semalam.

Kata Azam lagi, pihaknya akur dengan pengorbanan penggerak SAR sama ada tenaga pengajar mahupun pentadbiran yang sanggup bersusah payah demi kelangsungan sekolah terbabit.

Dalam pada itu, beliau mengharapkan sumbangan yang diberikan oleh penggerak SAR ini dapat membantu Menteri Besar, Dato’ Ser Muhammad Sanusi Md Nor merealisasikan wawasan ‘The Greater Kedah’.

Terdahulu dalam perkembangan lain, Azam mengadakan kunjung hormat kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Dr Naim Mokhtar di Kompleks Islam, Putrajaya. (Foto atas)

“Kunjung hormat ini bertujuan untuk membincangkan beberapa perkara seperti pemerkasaan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), pengimarahan institusi masjid melalui program takmir serta lain-lain berkaitan hal ehwal Islam di Kedah,” jelas beliau. – HARAKAHDAILY 17/1/2024

- Advertisement -