
“TAKKAN mengantuk pun takut! Macam mana nak lawan Zionis?”
“Kau solat Subuh kat mana?”
‘Headshot’ inilah yang buat artis terkenal Alif Satar mulakan kempen #gengsubuhmacamjumaat.
Bangun awal pergi berlari boleh, takkan nak solat 2 rakaat kat masjid tak boleh.
Kemuncaknya semalam, hari pertama dalam tahun 2024 geng Subuh macam Jumaat berkumpul solat Subuh berjemaah di Masjid Saidina Umar, Damansara.
Lebih 3,000 orang yang datang.
Lepas solat, tazkirah sekejap lepas itu ada Fun Run! Semangat mak ayah berlari tolak anak dalam stroller pun ada.
Kalau di Kedah, Ustaz Yaakub Yusra katanya dah 180 hari lebih dah mulakan kempen ni.
Budak-budak dengan baju sekolah solat Subuh dekat masjid. Dapat duit belanja, masuk balik dalam tabung masjid. Masya-Allah hebat!
Begitulah. Allah jadikan semua benda yang disuruh dalam agama ini sebenarnya cukup-cukup sempurna.
Jadi sebuah sistem yang manusia mampu ikut. Pakej terlengkap nak berjaya dalam hidup.
Disulam pula dengan contoh ikutan yang paling sempurna juga, junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Siapa ikut untung, yang tinggal rugi besar. Ingat pesan Ustaz Yaakub Yusra, terutama geng beli beras.
“Jangan sembang kari!”
Hari ini penuh, esok lusa sendu. ‘Slow slow’ kita jadikan trend ini budaya yang melekat kuat dengan orang Islam di Malaysia.
Tahniah Alif Satar, Ustaz Yaakub Yusra, dan lain-lain yang jadi orang kuat di sebalik kempen hebat ini.
Semoga istiqamah!
PARTI ISLAM SE-MALAYSIA – HARAKAHDAILY 2/1/2024
Sumber Asal: https://www.facebook.com/100064718314834/posts/775051481328789/?mibextid=rS40aB7S9Ucbxw6v















