PUM alukan pendirian tegas terhadap kapal dagangan Israel

Dr. Mohd Roslan Mohd Nor
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengalu-alukan pendirian tegas Perdana Menteri untuk tidak membenarkan kapal yang didaftarkan dengan syarikat berpangkalan di Israel untuk berlabuh di Malaysia.

- Advertisement -

“Pendirian tegas ini amat diperlukan dalam keadaan di mana Israel terus melakukan kezaliman dan tidak mengendahkan tekanan agar mereka menghentikan serangan ke atas Gaza,” ujar Setiausaha Agungnya, Profesor Dr. Mohd Roslan Mohd Nor dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, PUM turut memandang serius kegagalan Israel untuk melakukan genjatan senjata dan menggesa agar Israel menghentikan dengan kadar segera serangan yang dilakukan.

Tambahnya, PUM juga ingin menggesa agar tindakan tegas yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri Malaysia turut dilakukan oleh negara-negara lain yang perlu bertindak di atas kesedaran kemanusiaan dan pembelaan kepada hak asasi manusia yang sedang dicabuli dengan rakus oleh Israel.

“Pendirian tegas pemimpin-pemimpin Malaysia terhadap perlakuan zalim Israel ke atas Palestin sejak dari dahulu hingga kini amatlah dihargai dan sesuatu yang amat wajar dihormati oleh semua,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 20/12/2023

- Advertisement -