
TENTERA pengganas rejim zionis Israel terus melancarkan serangan udara dan pengeboman ganas ke atas wilayah dan bandar-bandar di Semenanjung Gaza seperti di bandar Gaza, Khanyounis, Jabalia, Al-Bareej, Rafah, Beit Lahia dan Deir Al-Balah. Sejak awal pagi tadi (waktu Semenanjung Gaza), seramai 60 warga Palestin telah terkorban berikutan serangan udara dan pengeboman ganas tentera pengganas rejim zionis Israel ke atas utara Semenanjung Gaza.
2. Kumpulan pejuang Palestin membalas serangan udara dan pengeboman ganas tentera pengganas rejim zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza dengan melancarkan serangan roket dan artileri ke atas wilayah dan bandar-bandar yang dijajah rejim pengganas zionis Israel seperti di Asqlan, Nerim Kibbots, Mefalsim, Nirim, Nir Oz serta pengkalan dan kedudukan tentera pengganas rejim zionis Israel di Sofa dan Holit termasuk kawasan-kawasan penempatan haram yahudi di sekitar Gaza.
3. Pertempuran sengit terus berlaku antara kumpulan pejuang Palestin dengan tentera pengganas rejim zionis Israel di sekitar Semenanjung Gaza seperti di sekitar bandar Gaza, Khanyounis, Juhr Al-Dik, Al-Maghazi, Al-Shajaia, Jabalia, Beit Lahia, Sheikh Ridwan dan kejiranan Al-Zaitun. Berikutan pertempuran sengit yang berlaku, sejak awal pagi tadi dilaporkan lebih daripada 40 tentera pengganas rejim zionis Israel sama ada mati dan cedera termasuk lebih daripada 10 buah kereta kebal dan perisai tentera pengganas rejim zionis Israel dimusnahkan kumpulan pejuang Palestin.
4. Pertempuran sengit terus berlaku antara kumpulan pejuang dan anak muda Palestin dengan tentera pengganas rejim zionis Israel di bandar-bandar di Tebing Barat seperti di Nablus, Tulkarm, Ramallah, Jerusalem dan Hebron.
5. Tentera pengganas rejim zionis Israel terus melancarkan serangan udara, dron dan artileri ke atas wilayah dan bandar-bandar di selatan Lubnan seperti di Yaron, Maroun Al-Ras, Eltron, Aitaroun, Marwahin, Al-Ballat, Al-Salhani, Ramia, Zibqin dan Mays Al-Jabal.
6. Tentera Hizbullah membalas serangan udara, dron dan artileri tentera pengganas rejim zionis Israel ke atas wilayah dan bandar-bandar di selatan Lubnan dengan melancarkan serangan roket, dron dan artileri ke atas kedudukan dan pengkalan tentera rejim pengganas zionis Israel di wilayah dan kawasan yang dijajahnya di selatan Lubnan seperti di Al-Jalil, Harsh Adather, Upper Galilee, Hanita, Matalla, Ramim, Margaliot, Manara, Metula, Birket Risha dan Jal Al-Alam.
7. Pentadbiran Joe Biden sedang mencari pilihan untuk bertindakbalas terhadap kumpulan Houthi berikutan serangan ke atas kapal kontena di Bab Al-Mandeb, Laut Merah.
8. Kumpulan Houthi mengumumkan telah melancarkan serangan ke atas kawasan sensitif di selatan negara haram pengganas zionis Israel iaitu di Umm Al-Risharsh (Eilat).
9. Pemimpin kanan Hamas Osama Hamdan berkata tidak akan berlaku pertukaran tahanan sebelum tentera pengganas zionis Israel menghentikan sepenuhnya serangan dan keganasan di Semenanjung Gaza berserta syarat-syarat yang ditetapkan.
10. Menurut laporan CNN, seramai 130 pegawai Keselamatan Nasional Amerika Syarikat (Homeland Security) telah mendesak Presiden Amerika Syarikat Joe Biden untuk mengadakan dengan segera gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
11. Menurut laporan akhbar Britain Sunday Telegraph, Rumah Putih (White House) percaya bahawa Presiden Palestin Mahmoud Abbas sudah kehilangan sokongan dan populariti serta tidak mampu untuk memimpin berikutan peningkatan mendadak sokongan yang besar terhadap Hamas di Tebing Barat.
12. Menteri Luar negara haram pengganas zionis Israel Eli Cohen berkata, ada kemungkinan untuk mengelakkan peperangan dengan Lubnan dan jika komuniti antarabangsa gagal untuk menangani Hizbullah di sempadan Lubnan-negara haram pengganas zionis Israel, kami akan bertindak bersendirian. Beliau juga berkata kami akan meneruskan peperangan hingga Hamas dihapuskan, tahanan dibebaskan dan realiti di Semenanjung Gaza bertukar serta gesaan untuk diadakan gencatan senjata adalah salah.
13. Syarikat perkapalan antarabangsa Hong Kong OOCL menyatakan bahawa mereka akan menghentikan penghantaran kontena sama ada dari atau ke negara haram pengganas zionis Israel serta merta sehingga diberitahu kelak. Syarikat perkapalan antarabangsa Perancis CMA CGM juga menyatakan yang ia menggantung semua penghantaran kontena melalui Laut Merah. Ia telah menjadikan kesemua lima pemain utama kapal kontena dunia termasuk MSC, Hapag-Llyod dan Mearsk telah menggantung atau menghentikan pergerakan kapal kontena melalui Laut Merah.
14. Seorang diplomat Perancis terbunuh berikutan serangan udara tentera pengganas rejim zionis Israel di Semenanjung Gaza.
15. Akhbar utama Jerman BILD melaporkan bahawa Jerman sedang berkira-kira untuk menghantar kapal friget ‘Hessen’ ke Laut Merah menyertai sekutunya yang lain bagi melindungi laluan perkapalan dari serangan kumpulan Houthi.
16. Menurut laporan New York Post, dalam satu kaji selidik yang jalankan oleh Harvard-Harris polling, mendapati bahawa 51 peratus warga Amerika Syarikat yang berumur antara 18-24 tahun percaya bahawa solusi jangka panjang kepada konflik Palestin-rejim pengganas zionis Israel adalah untuk mengakhiri Israel dan memberikannya kepada Hamas dan rakyat Palestin.
17. Kini telah masuk hari keempat talian komuniskasi dan internet telah terputus di Semenanjung Gaza.
18. Demonstrasi besar-besaran yang menyokong perjuangan rakyat Palestin terus berlangsung di negara-negara di seluruh dunia seperti di Indonesia, Amerika Syarikat, Britain, Jepun, Perancis, Norway, Jerman, Ireland, Turkiye dan Sepanyol.
Selamatkan Masjidil Aqsa, Bebaskan Palestin.
Disediakan oleh:
YB DR MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lujnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Luar Negara PAS Pusat – HARAKAHDAILY 18/12/2023











