Kerajaan perlu beri keutamaan projek KESBAN

- Advertisement -

PASIR MAS: Tebing Sungai Kelantan di Kampung Pohon Celagi yang runtuh pada 17 Februari 2021 kini siap dibaik pulih dengan kerjasama pelbagai pihak.

- Advertisement -

Menteri Besar Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud berkata, kerajaan turut meluluskan peruntukan RM23.5 juta bagi projek penstabilan tebing Sungai Kelantan di Kampung Pengkalan Pasir.

Katanya projek itu bersambung dengan projek penstabilan tebing sungai di Kampung Pohon Celagi.

“Peruntukan tersebut sedang dalam proses perolehan dan projek pembinaan akan dimulakan pada awal tahun hadapan,” katanya pada majlis Penyerahan Projek Siap bagi Projek Pelaksanaan Segera Menangani Bencana Runtuhan Tebing Sungai Kelantan di Kampung Pohon Celagi hari ini.

Hadir sama Timbalan Exco Saizol Ismail, Adun Pengkalan Pasir Mohamad Nasriff Daud Yatimee dan ahli parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari.

Menteri Besar juga berharap projek-projek yang menjadi keutamaan bagi rakyat Kelantan khususnya Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok (KESBAN) dan Projek Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kelantan (PLSB) dapat disiapkan sebagaimana dirancang.

“Begitu juga fasiliti-fasiliti utama bagi rawatan dan bekalan air dapat diberi perhatian dan peruntukan sewajarnya demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 12/12/2023

- Advertisement -