Pejuang Palestin berjaya musnahkan 135 kereta kebal rejim zionis

- Advertisement -

ANGKA korban rakyat Palestin akibat serangan udara dan pengeboman ganas tentera pengganas rejim zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza terus meningkat kepada 17,177 orang termasuk 7729 kanak-kanak dan 5,153 wanita. Di samping itu juga, 7,700 orang lagi dilaporkan hilang dipercayai berada di bawah runtuhan-runtuhan bangunan.

- Advertisement -

2.  Tentera pengganas rejim zionis Israel terus melancarkan serangan udara dan pengeboman ganas ke atas wilayah dan bandar-bandar di Semenanjung Gaza seperti di bandar Gaza, Nusirat, Jabalia, Khanyounis, Beit Lahia, Deir Al-Balah, Al-Maghazi, Deir Al-Maleh dan Rafah.

3.  Kumpulan pejuang Palestin membalas serangan udara dan pengeboman ganas tentera pengganas rejim zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza dengan melancarkan serangan roket dan artileri ke atas wilayah dan bandar-bandar yang dijajah rejim pengganas zionis Israel seperti di Ashdoud dan Siderot serta kawasan-kawasan penempatan haram yahudi di sekitar Gaza. Dilaporkan juga satu serangan roket yang dipercayai dari arah Syria telah menyasarkan Baqata, di utara Bukit Golan.

4.  Pertempuran sengit terus berlaku antara kumpulan pejuang Palestin dengan tentera pengganas rejim zionis Israel di sekitar Semenanjung Gaza seperti di sekitar bandar Gaza, Al-Shujaia, Juhr Al-Dik, Al-Qarara dan Khanyounis. Dilaporkan dalam tempoh 62 jam, kumpulan pejuang Palestin telah berjaya memusnahkan lebih kurang 135 kereta kebal dan kereta perisai tentera pengganas rejim zionis Israel serta semalam juga dilaporkan lebih daripada 5 tentera pengganas rejim zionis Israel mati dalam pertempuran di Semenanjung Gaza. Media negara haram pengganas zionis Israel turut melaporkan bahawa semalam 24 anggota tentera pengganas rejim zionis Israel dilaporkan cedera dengan 2 daripadanya berada dalam keadaan parah.

5.  Tentera pengganas rejim zionis Israel terus melakukan jenayah perang di Semenanjung Gaza apabila terus menyasarkan hospital-hospital di Semenanjung Gaza apabila sekali lagi menyerang dan mengebom Hospital Al-Shifa yang kini menjadi tempat perlindungan ribuan warga Semenanjung Gaza.

6.  Pertempuran sengit terus berlaku antara kumpulan pejuang dan anak muda Palestin dengan tentera pengganas rejim zionis Israel di bandar-bandar di Tebing Barat seperti di Tubas, Hebron, Ramallah, Al-Beer, Jenin, Al-Khalil, Nablus, Baitul Laham dan Qalqiliya. Dilaporkan 6 warga Palestin terkorban akibat ditembak tentera pengganas rejim zionis Israel ketika menceroboh kem Al-Faraa di Tubas, Tebing Barat.

7.  Tentera pengganas rejim zionis Israel terus melancarkan serangan udara, dron dan artileri ke atas wilayah dan bandar-bandar di selatan Lubnan seperti di Majdal, Marouhein, Khayyam, Eita Al-Shab, Bilda dan Al-Mansouri.

8.  Tentera Hizbullah membalas serangan udara, dron dan artileri tentera pengganas rejim zionis Israel ke atas wilayah dan bandar-bandar di selatan Lubnan dengan melancarkan serangan roket dan artileri ke atas kedudukan dan pengkalan tentera rejim pengganas zionis Israel di wilayah dan kawasan yang dijajahnya di selatan Lubnan seperti di Shtula, Al-Malikiyah, Manara, Kiryat Shmouna, Upper Galilee, Ramia, Sheeba Farms. Rahib dan Zarit.

9.  Semalam dilaporkan telah berlakunya serangan roket ke atas perkarangan Kedutaan Amerika Syarikat di Baghdad, Iraq.

10.  Ratusan pendatang haram yahudi ekstrimis zionis berarak menuju ke Bab Al-Amoud di timur Baitul Maqdis menuntut agar dihalau Jabatan Wakaf dari Masjidil Aqsa dan mengisytihrkan penguasaan penuh Masjidil Aqsa dibawah rejim pengganas zionis Israel.

11.  Akhbar The Times Britain melaporkan bahawa sekumpulan tentera Britain telah berada di Tebing Barat untuk mempersiapkan Pihak Berkuasa Palestin dalam usaha untuk mengambil alih pentadbiran di Semenanjung Gaza.

12.  Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres telah mengumumkan penggunaan Artikel 99 Piagam PBB bertujuan memberi amaran secara rasmi kepada Majlis Keselamatan PBB mengenai ancaman global berikutan serangan ganas rejim pengganas zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza.

13.  Demonstrasi besar-besaran yang menyokong perjuangan rakyat Palestin terus berlangsung di negara-negara di seluruh dunia seperti di Britain, Amerika Syarikat dan Belanda.

Selamatkan Masjidil Aqsa, Bebaskan Palestin.

Disediakan oleh:
YB DR MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lujnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Luar Negara PAS Pusat – HARAKAHDAILY 8/12/2023

- Advertisement -