Kemaman membuktikan kajian Merdeka Center tepat

- Advertisement -

KEMENANGAN cemerlang di Kemaman bukan impian satu malam. Tetapi ia adalah hasil kerja buat berterusan, walaupun Kemaman terkenal sebagai kubu kuat Umno.

Sehingga ada teori jika PAS menang di Kemaman insya-Allah, Umno tumbang di Terengganu. Nampaknya teori itu ada kebenaran. Tahun 1999, Parlimen Kemaman, Umno kalah di Terengganu, 3 DUN (Chukai, Air Putih, Kijal) Umno kalah. Umno menang hanya di DUN Kemasik.

PRU14 ((2018), sekali lagi Parlimen Kemaman Umno tewas dan begitu juga 3 DUN (Chukai, Kemasik, Air Putih), cuma Kijal sahaja Umno menang. PRN 2023  pula, Umno tinggal telur ayam 32-0. Semua 4 DUN dalam Parlimen Kemaman juga tewas.

Kemenangan Dr Samsuri (Dr Sam), satu lagi dapatan Merdeka Center tepat, dengan kajian pada 4 Oktober hingga 24 Oktober 2023 melibatkan responden 1220. Apabila dibanding kajian Merdeka Center 26 Disember 2022 hingga 15 Januari 2023 dengan responden 1209. 

Rumusannya penolakan terhadap Perdana Menteri ke-10 (PMX) dan Kerajaan PH DAP BN semakin besar di kalangan orang Melayu. Ia terjawab dengan keputusan PRK Kemaman.

Sekadar perbandingan kajian pertama, hanya 29 peratus hala tuju salah PMX tetapi kajian terbaru naik kepada  60 peratus.

Hanya 25 peratus responden tidak berpuas hati atau marah dengan prestasi Kerajaan PH-BN,  terbaru naik 41 peratus.

Hanya 19 peratus responden tidak berpuas hati dengan prestasi Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Terbaru naik 43 peratus.

Terjawablah semalam, walaupun BN menggunakan seluruh kekuatan seperti FELDA, FELCRA dan DS Anuar pun turun, keputusannya majoriti 37,220. 

Kempen PMX yang agak agresif dengan nada yang tidak sedar siapa yang ia lawan akhirnya rakyat hakim negara.

Alhamdulillah telur tak pecah lagi di Terengganu. 

DATUK USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS – HARAKAHDAILY 4/12/2023

- Advertisement -
- Advertisement -