Putera Mahkota Saudi, Zelensky bincang konflik Ukraine-Rusia

Putera Mohammed Bin Salman menerima panggilan telefon darpada Volodymyr Zelensky pada 27 Nov 2023. (FOTO: SPA/AFP)
- Advertisement -

RIYADH: Putera Mahkota Saudi Mohammed Bin Salman telah menerima panggilan telefon pada Isnin daripada Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky.

Ketika panggilan itu, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA), Putera Mahkota mengesahkan komitmen dan sokongan kerajaan Saudi untuk semua usaha antarabangsa yang bertujuan untuk menyelesaikan krisis Ukraine-Rusia.

- Advertisement -

Zelensky pula mengakui usaha yang dilakukan oleh Saudi dalam hal tersebut.

Perbincangan Putera Mahkota dan Zelensky itu juga termasuk kajian semula hubungan dua hala antara kedua-dua negara, serta perbincangan mengenai pelbagai isu kepentingan bersama.  HARAKAHDAILY 28/11/2023


- Advertisement -