MB Kedah kekal Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS

- Advertisement -

ALOR SETAR: Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi, kekal sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 dan 2, PAS Kedah untuk sesi 2023-2025.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar Baru, Dr Ts Mohd Suffian Yusuff, pula dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 3.

- Advertisement -

Pelantikan berkenaan dimaklumkan oleh Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Ahmad Yahaya pada hantarannya ke Harakahdaily, selepas mempengerusikan mesyuarat PAS Kedah, di Kompleks PAS Kedah, hari ini.

Pelantikan jawatankuasa harian sesi ini juga menyaksikan Senator Ustaz Musoddak Ahmad kekal sebagai setiausaha, manakala jawatan bendahari beralih kepada Ketua Penerangan sesi lalu, Ustaz Mohd Azam Abdul Samat.

Dalam pada itu Adun Bukit Lada, Ustaz Salim Mahmud, diberi amanah sebagai Ketua Penerangan, manakala Adun Ayer Hitam, Azhar Ibrahim sebagai Pengarah Pilihan Raya.

Penolong Setiausaha (PSU) 1 kekal kepada Ustaz Rosli Azmi, Ustaz Ismail Hashim (PSU 2) dan Nurul Atikah Shariff (PSU 3). – HARAKAHDAILY 5/11/2023

- Advertisement -