Peserta umum jihad harta di Muktamar Umana’ Aqsa

- Advertisement -

KOTA BHARU: Majlis pembukaan Muktamar Umana’ Aqsa yang diadakan di Istanbul Turkeye semalam berjaya mengumpul sumbangan sebanyak USD950,000 dan Euro180,000.

- Advertisement -

Kutipan itu dibuat sebagai menyahut seruan Jihad Bil Mal untuk membantu umat Islam di Palestin.

Berikutan itu Prof Ghurmuz mengumumkan jihadnya sebanyak USD160,000, peserta dari Algeria mengumumkan agensinya berjihad dengan USD300,000, seorang muslimah dari Indonesia USD17,000 dan sebentuk cincin, Abu Ahmad Al-Jaza’iri USD55,000 dan beberapa peserta dari negara lain termasuk Malaysia.

Anggota Exco kerajaan Kelantan Ustaz Mohd Asri Mat Daud berkata, ramai peserta dalam kalangan muslimah yang naik ke pentas mengumumkan jihad harta dengan cincin, rantai dan gelang.

Manakala seorang peserta dari Afghanistan menyatakan jika pintu masuk untuk jihad Qital dibuka di Palestin, beliau akan mengerah pemuda-pemudanya yang sudah bersedia untuk berjihad dan syahid di jalan Allah.

“Seorang peserta dari Algeria menegaskan secara terbuka, sekiranya muktamar memutuskan agar peserta wajib terlibat dengan Jihad Qital, maka beliau tidak akan pulang lagi ke Algeria dan akan terus ke Palestin berjihad.

“Saya mewakili Menteri Besar Kelantan dan kerajaan negeri menghadiri muktamar berkenaan yang dihadiri para ulama dan cendikiawan lebih dari 20 negara. Ia diadakan pada 28 dan 29 Oktober ini,” katanya kenyataan di laman sosial.

Pembukaan muktamar disempurnakan Menteri Agama dan Wakaf Turki Dr Ali Erbas, Pengerusi Umana’ Aqsa Dr Esham Basyir, Pengarah Maahad Tafakkur Islami Turki Prof Mohamed Ghurmaz,

Selain itu Mufti Syiria Syeikh Usamah Al-Rifaie, Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Gaza Syeikh Dr Marwan Abu Ras, Syeikh Mohamad Hasan Al-Dadu Syanqiti dan lain-lain tokoh pemikir pelbagai negara. – HARAKAHDAILY 29/10/2023

- Advertisement -