
ANGKA korban dalam kalangan warga Palestin di Semenanjung Gaza akibat serangan udara ganas tentera rejim zionis Israel terus meningkat kepada 7,326 orang dengan dilaporkan lebih 1,000 orang lagi warga Palestin masih tertimbus di bawah runtuhan bangunan.
2. Sejak bermulanya peperangan di Semenanjung Gaza, lebih 110 orang warga Palestin di Tebing Barat telah terkorban akibat ditembak tentera rejim zionis Israel dengan lebih 1,900 orang lagi dilaporkan cedera. Tentera rejim zionis Israel juga meneruskan tangkapan ke atas rakyat Palestin di Tebing Barat semalam yang menyaksikan lebih 70 warga Palestin ditangkap termasuk seorang wanita dan wartawan.
3. Tentera rejim zionis Israel terus melancarkan serangan udara ganas ke atas kawasan dan bandar di Semenanjung Gaza seperti di bandar Gaza, Khanyounis, Jabalia, Al-Shujaia, Deir Al-Balah, kem Al-Shatei, Al-Bareej, Tel-Zaatar, Beer Al Naaja dan Beit Lahia.
4. Kumpulan pejuang Palestin melancarkan serangan roket dan mortar ke atas wilayah dan bandar yang dijajah tentera rejim zionis Israel seperti di Tel Aviv, Kisofim, Karam Abu Salem, Raim, Ashdoud, Ramat Gan, Bat Yam, Beni Brak, Jaffa, Asqlan dan Eliat.
5. Lewat malam semalam, tentera rejim zionis Israel menjalankan operasi ketenteraan darat secara terhad di kawasan sekitar pagar sempadan Gaza berdekatan Beit Hanoun dan Al-Bareej.
6. Tentera rejim zionis Israel menggempur kem pelarian Aqba Jabr di Jericho dan kem pelarian Al-Danisha di Baitul Laham, Tebing Barat yang seterusnya menyebakan berlakunya pertempuran sengit antara kumpulan pejuang dan anak muda Palestin dengan tentera rejim zionis Israel. Pertempuran sengit terus berlaku antara kumpulan pejuang dan anak muda Palestin dengan tentera rejim zionis Israel di bandar-bandar di Tebing Barat seperti di Tobas, Jenin, Jerusalem dan Nablus.
7. Pentagon menyatakan tentera udara Amerika Syarikat telah melancarkan serangan udara ke atas dua fasiliti yang dikatakan milik Tentera Pengawal Revolusi Iran (IRCG) di Al-Bokmal, timur Syria di samping menjelaskan bahawa Iran bertanggungjawab ke atas serangan yang dilakukan ke atas pangkalan tentera Amerika Syarikat oleh kumpulan yang mempunyai kaitan dengan Tentera Pengawal Revolusi Iran (IRCG).
8. Rusia menyatakan serangan Amerika Syarikat menunjukkan ketegangan serantau yang semakin meluas dan itu adalah petanda yang amat tidak baik.
9. Tentera Iran telah memulakan latihan ketenteraan besar-besaran selama dua hari di bahagian tengah negara tersebut.
10. China menentang keras sebarang kuasa luar yang campur tangan dalam hal ehwal dalaman Iran.
11. Tentera rejim zionis Israel terus melancarkan serangan udara dan artileri ke atas bandar dan kawasan di selatan Lubnan seperti Yaron, Aitaroun dan Aita Al-Shaab termasuk menggunakan bom fosforus yang dilarang.
12. Tentera Hizbullah terus melancarkan serangan roket dan artileri ke atas kem/pangkalan tentera dan kedudukan tentera rejim zionis Israel di selatan Lubnan seperti di Markaba, Al-Sadh dan Misgav A’am.
13. Satu objek yang tidak dikenal pasti dipercayai roket telah menyasarkan sebuah bangunan di sebelah Hospital Taba di Sinai, Mesir dan telah menyebabkan 5 orang mengalami kecederaan.
14. Rejim zionis Israel mengerahkan pendatang haram yahudi di Al-Manara berdekatan sempadan Lubnan untuk segera memasuki ‘tempat perlindungan’ berikutan terdapat ancaman keselamatan.
15. Sebuah dron milik tentera rejim zionis Israel terhempas atas sebuah rumah di kejiranan Al-Zaiton, Semenanjung Gaza awal pagi tadi.
16. UNHCR menyatakan bahawa ‘hukuman kolektif’ ke atas warga Semenanjung Gaza adalah jenayah perang.
17. Menurut satu kaji selidik terbaharu yang dijalankan oleh media di negara haram Israel, 65 peratus pendatang haram yahudi menyokong supaya diadakan operasi ketenteraan darat secara besar-besaran ke atas Semenanjung Gaza.
18. Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva menyelar serangan tentera rejim zionis ke atas Semenanjung Gaza yang ‘dikepung’ sebagai pembunuhan beramai-ramai.
19. Tentera rejim zionis Israel hari ini menghalang warga Palestin di Tebing Barat daripada menunaikan solat Jumaat di Masjidil Aqsa.
Selamatkan Masjidl Aqsa, Bebaskan Palestin.
Disediakan oleh:
DR. MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
AJK PAS Pusat
ADUN Batu Buruk – HARAKAHDAILY 27/10/2023




















