Monopoli kartel punca harga benih padi naik

- Advertisement -

HARGA benih padi naik berganda berbanding musim lepas. Di kawasan Jelapang Padi IADA Ketara Besut Terengganu ada sekitar 500 ha kawasan padi yang ditanam bagi penghasilan benih padi sah. Tapi padi benih dari Terengganu ini dibawa ke Johor untuk diuruskan oleh Syarikat Jelapang Selatan. 

Daripada 9 Syarikat Pembekal Benih Padi Sah dalam negara, tak ada satu pun dari Terengganu malah tak ada satu pun di Pantai Timur. Bila pesawah Terengganu nak tabur benih, mereka terima benih dari negeri lain. Mungkin juga benih padi dari Johor yang asalnya diambil dari petak sawah di Terengganu.

Saya telah perjuangkan supaya Terengganu ada syarikat pembekal benih padi sendiri dan akan terus perjuangkan supaya kita jadi cerdik.

Tak cerdik kalau benih padi dari sawah Terengganu hantar untuk proses ke Johor dan hantar balik semula ke Terengganu bila nak tabur. Di Kompleks Pertanian Terengganu Ajil, telah sedia loji untuk proses benih.

Ini contoh monopoli kartel yang membekalkan benih padi. Tak cerita lagi hal baja, racun dan kilang padi. Kerajaan keluarkan berbilion Ringgit dalam bentuk subsidi input seperti benih, racun dan baja serta subsidi harga padi.

Yang paling mendapat manfaat jadi kaya raya ialah kartel-kartel pembekal. Subsidi kerajaan mereka kaut, duit petani pun mereka dapat. Tapi petani kita duduk lagu itu juga.

YB DR AZMAN IBRAHIM
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri – HARAKAHDAILY 26/10/2023

- Advertisement -
- Advertisement -