
LEBIH enak didengar sebut orang bukan-Islam daripada perkataan kafir?
Nak panggil bukan-Muslim, silakan. Nak panggil belum-Muslim, silakan. Nak panggil non-Muslim, silakan. Nak panggil kafir, silakan.
Saya lebih kerap memanggil mereka sebagai belum-Muslim sebagai kaedah dakwah tetapi saya tidak mengatakan pendakwah lain yang memanggil non-Muslim, bukan-Muslim atau kafir sebagai salah. Pendekatan masing-masing.
Bagi saya simple, selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam, Bismillah. Silakan. Tak payah nak bergaduh bab istilah tapi kerja dakwah tak jalan dan tidak proaktif.
Jangan mengatakan orang yang memanggil kafir itu sebagai kasar atau tidak berhikmah kerana itu adalah perkataan yang Allah gunakan dalam al-Quran bagi membezakan mereka yang tidak atau belum beriman.
Polemik isu perkataan kafir seperti lagu Hari Kebangsaan yang saban tahun dimainkan.
Tak perlu apologetik sangat dan sambil itu menuduh orang yang gelarkan kafir sebagai tidak berhikmah dan kasar. Selagi kaedah dakwah itu tidak bercanggah dengan al-Quran dan Sunnah, Bismillah.
Saya tidak risau belum-Muslim tidak selesa dipanggil kafir tetapi saya lebih risau kenapa Muslim jadi begitu sensitif dan apologetik dengan perkataan yang Allah sendiri gunakan dalam al-Quran. Takut mereka jauh dari Islam? Takkan mereka salah faham mengenai Islam?
Dengan anda tidak pernah memanggil mereka dengan gelaran kafir, berapa ramai yang telah dekat dengan Islam? Berapa ramai yang jadi lebih selesa dengan Islam dan tidak Islamfobik? Berapa ramai yang kerana kita tidak memanggil mereka kafir maka mereka ke depan mempertahankan Islam kerana mereka rasa selesa dengan perkataan bukan-Muslim?
Bagilah apa alasan sekalipun, perkataan kafir itu wujud dan digunakan dalam al-Quran oleh Allah S.W.T.
Jangan bila timbul isu gelaran kafir, barulah masing-masing nak menonjolkan siapa yang terpaling dakwah.
Pleaselah, jom jalankan tugas masing-masing sampaikan walaupun satu ayat. Bismillah.
Surah al-Kafirun yang bermaksud:
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir!
“”Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
“”Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
“”Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
“”Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
“”Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku”.”
FIRDAUS WONG WAI HUNG
Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM) – HARAKAHDAILY 25/10/2023
Sumber Asal: https://www.facebook.com/share/DUuhMtGpEgWTgPEV/?mibextid=xfxF2i
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.











