
TAK bagi takbir is non issue, ujar beliau.
Apa yang sedang ditanamkan hari ini, bukan baru terjadi semalam.
Kafir, Non Muslim, Not Yet Muslim arus yang deras di negara jiran sejak awal 2005. Kumpulan yang menggelar diri mereka Islam Liberal (JIL) berpandangan menyebut kafir bererti menyakiti perasaan bukan-Islam.
Begitu juga larangan bertakbir dikhuatiri menyinggung sentimen mereka yang bukan-Islam.
Bersungguh menjaga perasaan pihak lain, termasuk isu Palestin juga dikira isu kemanusiaan semata bukan terkait agama.
Adapun sokongan mereka yang bukan-Islam kepada kita atas kebersamaan hak asasi manusia, ia merupakan suatu sikap terpuji lagi dialu-alukan. (Baca terharu)
Tetapi umat Islam secara prinsip adalah sangat janggal apabila gagal memahaminya sebagai isu agama.
Zionis sendiri sejak dari awal penubuhan Israel tertegak atas sentimen keagamaan dan kepercayaan bahawa ia bumi milik mereka sekalipun menyeleweng.
Kristian juga tergamak menyokong mereka melalui sentimen yang sama.
Betapa naif lagi malang, umat Islam pula sekadar mengangkat ‘playcard’ kemanusiaan.
Semoga isu Palestin menjadi titik penyatuan umat Islam seantero dunia, untuk berlapang dada pula dalam pergelutan khilaf mazhab yang berlarutan sekian lama.
USTAZ MOHD ADLAN MOKHTARUDDIN
Penolong Rektor II (Hal Ehwal Pelajar)
Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM)
25 Oktober 2023 – HARAKAHDAILY 25/10/2023











