
KUALA LUMPUR: Ustazah Dr Siti Mastura Muhammad (PN-Kepala Batas) meminta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan jumlah pengusaha pelancongan Bumiputera dan bukan Bumiputra di Pulau Pinang.
Perkara tersebut, katanya dapat merancakkan industri pelancongan, terutama di Kepala Batas.
“Berikutan pertambahan cawangan pejabat pelancongan di negeri-negeri, ini dilihat dapat merancakkan industri pelancongan di sesetengah kawasan terutama di Kepala Batas, Seberang Perai Utara
“Bagaimanapun industri ini berkaitan pekerja industri pelancongan. Justeru itu, kita melihat industri pelancongan banyak menghadapi tekanan kerana pertambahan vendor-vendor yang menyebabkan persaingan lebih tinggi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan pada Sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau juga meminta kementerian memberi penjelasan berhubung inisiatif kepada industri pelancongan menerusi Belanjawan 2024.
“Mohon beri penjelasan mengenai inisiatif bagi membantu pekerja industri pelancongan seperti pemandu pelancong, operator kenderaan pelancong di Pulau Pinang melalui Belanjawan 2024,” katanya. – HARAKAHDAILY 25/10/2023.











