
SERBA salah, nak jawab ke tak nak. Ana try jawablah, sebab biasa puak-puak ni, dia guna Nabi masa dia susah saja. Dia akan buat bandingan dengan Nabi, konon dia berjuang macam Nabi. Ingat tak dulu masa salah seorang intelek dia kata, kalau Nabi hidup lagi masa ni, Nabi pun letak jawatan.
Konon nak bagitahu, Nabi pun tak boleh buat apa-apa zaman sekarang sebab musuh Islam sekarang sangat kuat dan tidak boleh dikalahkan. Padahal Nabi dan Rasul diturunkan Allah untuk berhadapan dengan musuh yang paling jahat dan paling sukar dalam semua musuh-musuh Allah. Zaman lain, musuh Islam itu tidak akan sekuat zaman para Anbiyak hadapi. Last-Last yang tukang kata Nabi letak jawatan itu, rupanya penipu. Janji nak hapus tol, sampai sudah, dapat MC Donald saja. Bukan main bangga lagi dia. Nasib baik dia tak kata itu ikut sunnah.
Tak habis situ, pemimpin dia pernah kata yang Rasulullah menipu dalam Perjanjian Hudaibiyyah sebab tak boleh masuk Makkah tahun itu untuk buat umrah. Kemudian ada juga ketua dia guna pula Tuhan sebagai andaian, dengan katanya kalau saya jadi tuhan. Masa ni ulamak-ulamak dia senyap saja, tak ada sebut pun pasal Nabi ke dalil ke apa, contoh bapa saudara Nabi ke. Kiranya Nabi dan dalil ni dia pilih-pilih saja bila dia nak pakai. Dia ingat guna dalil ni macam tukar seluar dalam ke? Hari ini pakai warna merah, esok pilih warna ungu?
Ok berbalik kepada jawapan kenyataan Nabi tidak panggil bapa saudaranya sebagai kafir. Jelas sekali lagi puak dia pilih-pilih nak buat dalil. Berapa orang bapa saudara Nabi? Abu Talib seorang itu saja ke? Abu Lahab itu, Nabi panggil apa di Bukit Qubaish setelah Abu Lahab mencelakakan Nabi dan kemudian turun surah al-Masad? Ya Ammi juga ke? Huyyay bin Akhtab, bapa mertua Nabi, walaupun sebelum dia mati Nabi belum berkahwin lagi dengan Sofiyyah, apa Nabi dan tentera Baginda buat? Penggal leher bro.
Abu Jahal yang dikatakan sepupu Nabi, apa nasib dia dalam Perang Badar? Nabi arahkan bunuh atau lindungi dia? Apa Nabi seru selepas mayat Abu Jahal dibuang dalam telaga buruk? Nabi seru baik-baik sebab sepupu dia? Apa Nabi doakan kepada Abu Jahal, Ubay bin Khalaf dan empat orang lain selepas mereka meletakkan perut unta atas belakang Nabi sewaktu Baginda solat?
Dia pilih bagi dalil orang kafir yang baik dengan Nabi seperti Abu Talib. Orang tengah bincang pasal orang kafir yang menentang Islam. Memanglah mek Cina atau aci India sebelah rumah yang banyak tolong kita, atas dasar jiran, kita tak akan panggil kafir walaupun bukan satu kesalahan kalau kita panggilpun. Dia buat baik, kita buat baik, jaga hubungan.
Tapi kalau dengan kafir yang mari serang rumahmu, suruh tukar agama? Mu sengih panggil dia bro ke? Sebab apa yang bersungguh sangat nak jaga hati kafir sambil salahkan orang Islam. Apa larangan khusus Nabi yang kita tidak boleh panggil orang kafir itu kafir? Ini ada kepelikan sikit.
Satu soalan, apabila ada isu timbul kita tak boleh panggil orang kafir sebagai kafir, keluar semua dalil.
Macam mana pula isu kita tak boleh bertakbir di tempat awam untuk menunjukkan kekuatan Islam, ada dalil tak? Atau atas alasan ganggu orang kafir mungkin?
Soalan tambahan, Nabi marah tak kalau tak tutup kedai judi macam kat Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak itu, bila kita sudah ada kuasa mutlak memerintah? Atau kita kena slow talk dengan tauke kedai judi suruh tutup. Maklumlah dakwah bil hikmah kan? Tak boleh kasar-kasar arahkan tutup kedai macam kat negeri lain. Manalah tahu dia ada dalil, Nabi tak larang kedai judi.
MOHD NASIR ABDULLAH
25 Oktober 2023 – HARAKAHDAILY 25/10/2023
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.




















